Jumaat, November 28, 2008

RAHSIA DALAM AIS


"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut..

Selasa, November 25, 2008

Sang Murabbi



Filem yang mendapat sambutan hangat di Indonesia. Kini akan di tayangkan di Malaysia. Berkisar dari seorang pemuda yang sedar akan kehancuran bangsanya yang sedang menjadi permainan kuasa dunia, meruntun anak-anak muda dan orang tua.

Kesedaran itu menjadikan dia orang yang sentiasa sibuk menabur bakti menyampaikan Islam dalam bentuk yang syumul (menyeluruh) yang telah hilang dalam kehidupan ummat Indonesia.

"Sang Murabbi", kisah benar tentang kehidupanseorang pejuang...K. H. Rahmat Abdullah.

nama yang mungkin kecil buat kita , tapi..

.

Lembut...

Khamis, November 13, 2008

Isnin, Oktober 06, 2008

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Maaf Lahir dan Batin

Jumaat, Jun 06, 2008

Isnin, Jun 02, 2008

Tangga - Terbaik Untuk Mu



Dalam lagu nie ada seiras sorang kawan.... Betul tak topo..

Alizee - Jen Ai Marre



Lagu nie aku suka....

Selepas Kau Pergi



Lagu nie mengamit kenangan di waktu silam.

Jumaat, Mei 16, 2008

JIKA KAU INGIN BERTEMAN

Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman ,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin SESEORANG sebagai teman ,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman ,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan SESEORANG sebagai teman ,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau
inginkan SESEORANG sebagai teman ,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang TEMAN ,
Yang hanya manusia biasa....

Kelemahan ... Kekurangan ... Keburukan ..
Kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN

Tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna... .

Selasa, Mei 13, 2008

SIFAT TENTANG KAJIAN DARAH ANDA

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.


Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


*DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.

Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu.
Kamu gemar melakukan kerja- kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.


Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.
Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.


Kamu adalah individu yang bijak bersosial.
Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.
Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.
Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

*(Jenis darah aku)

Isnin, April 14, 2008

Mendung di KL




Selasa, Mac 11, 2008

Undi....

Ketua saluran 4 sedang sibuk nampaknya. Walau nampak garang tapi sporting orangnya.

Calon kawasan bersama jentera pilihanraya

Peti undi transparent

Begini suasana di luar tempat pusat pengundian.

Pengawai SPR sedang meneliti senarai pengundi. Malu-malu nampak bila dihalakan lensa kamera kepada mereka.

Masa pengundian aku di minta menjadi ejen calon untuk memerhati proses pengundian di bilik saluran 4. Sempat juga lah menangkap gambar suasana semasa mengundi. Sambil tu beramah mesra dengan pegawai-pegawai SPR yang sporting yang terdiri dari cikgu-cikgu lama ku dulu.

Selasa, Februari 12, 2008

Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

'Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya' beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.

Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.

Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

'Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?' tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

'Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu' beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup mereka. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

Isnin, Februari 11, 2008

Filem Congkak...



Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya.

Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.

Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.

Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.

Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.

Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK.

RM100 ribu untuk anda....


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 jika ada pihak memberi maklumat sehingga tertangkapnya penculik Sharlinie Mohd. Nashar.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong sebagai jurucakap NGO itu berkata, wang tersebut hasil sumbangan beberapa pertubuhan dan individu yang prihatin dengan nasib menimpa keluarga kanak-kanak tersebut.

Menurutnya, usaha itu telah dipersetujui hasil perbincangan yang turut melibatkan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk William Lim, dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, semalam.

Bagaimanapun menurut Micheal, ganjaran itu akan diberikan kepada pemberi maklumat berdasarkan tiga syarat utama.

Katanya, wang tunai RM50,000 akan diberikan setelah suspek ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah dan bakinya apabila suspek dijatuhkan hukuman.

"Namun tawaran ini hanya sah sehingga 29 Februari ini sahaja," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sharlinie, 5, hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya dari taman permainan berhampiran rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya pada pagi 9 Januari lalu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS), Datuk Donald Lim Siang Chai pernah menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat berhubung kes kanak-kanak malang itu.

Michael memberitahu, usaha tersebut sebagai inisiatif NGO untuk membantu pihak berkuasa dalam mencari Sharlinie yang kini sudah hilang lebih daripada sebulan.

Beliau berkata, tempoh tawaran ganjaran itu dianggap cukup panjang memandangkan kehilangan Sharlinie diketahui oleh semua pihak.

Katanya, mereka yang ada maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi 03- 21615678, 016-6036633 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, 03-79662222 bagi membantu siasatan. {Sumber : Utusan Malaysia}

Wedding..

Selamat Pengantin Baru
Firdaus dan Zuhana


Sabtu lepas aku dan member ke wedding Firdaus dan Zuhana kat Jalan Kepong. Kami diminta oleh ayah pengantin untuk hadir jam 12.30 tgh. Sesampainya kami di majlis itu kami ditempatkan di meja VIP. Wow meja VIP lagi tu, silap orang agaknya tapi tak kisah ler kan dah orang suruh duduk kat situ kita terima je lah. Pulak tu duduk semeja dengan dua orang seleberiti. Eh bukan seleberiti artis yer ini seleberiti pendakwah. Rasa macam al-Kulliyah pulak. Ha ha ha. Kelu lidah tak berkata. Hanya senyum tawa yang dapat diberi ketika sesi perbualan.

Cuti Raya..

Cuti raya cina aku memamng plan tak balik kampung. Saja nak merasai suasana sepi di KL. So masa raya cina pertama tu plan nak ke midvalley ler ronda-ronda naik komuter ke kan tapi ada plak cadang pi Alamanda Putrajaya. So dengan tak semena-mena pun kita orang dah sampai ke Alamanda. Yerlah sebab Mid Valley tu dah biasa sangat. Wah walaupun cuti, ramai juga manusia kat situ. Perut pun lapar so kami melilaui ler cari makan. Macam-macam terasa nak makan tapi last-last singgah ler tempat nie.

Pelik gak napa tak ada orang dalam kedai tu. Tapi kedai lain semua penuh-penuh belaka. So order lah makanan pizza. Ha ha ha patut ler tak ramai orang rupanya makan rasa tak mengenyangkan pun. Adui perut pun tak penuh ngan makanan. Lepas abis pizza tu kami pun ronda-ronda ler dalam Alamanda tu dan singgah di Carrefour untuk mencari keperluan diri. Kami pun belum solat Asar lagi dan terus ke Masjid Putrajaya. Kat dataran pun ramai nyer manusia, nak park kereta pun kena tawaf 7 kali baru dapat.

Masa tangkap gambar nie pak guard masjid sound kata tak leh
ambik gambar dalam masjid. He he he. Sorry pak guard..


Lepas solat tu terus gerak nak balik rumah. Tapi dah lalu depan Tesco Puchong so singgah ler sebab kat carrefour barang yang nak cari tak dijumpai. Time tu dah masuk waktu maghrib so puas lah mencari surau kat situ. Akhirnya jumpa tapi sian surau tu terperosok jauh dan payah untuk ditemui. Masuk jer dalam Tesco ramai jugak manusia sedang ber shopping. Barang dapur kat tempat tu kebanyakkan stok dah habis macam ikan, daging ayam, telur dll. So terpaksa ler beli barang dapur yang siap dibungkus sahaja.

Dalam pada tu perut pun kelaparan. Cadang nak makan kat situ jugak tapi macam tak menarik jer. Last-last kami singgah jer kat pasar malam dekat rumah untuk membeli hidangan makan malam. Memang cukup letih hari tu seharian berjalan. Ponak den. End

Seramik..

Minggu lepas sempat aku pi melawat studio tempat kawan aku bertapa. Studio tu tempat kawan aku dan lecture nya menghasilkan seni arca seramik. Menurut beliau seramik yang dihasilkan ini akan di pamerkan di galeri-galeri dan juga di pertunjukan seramikyang akan berlangsung mengikut jadual jemputan yang diterima. Boleh tahan juga hasil seni mereka ini. Boleh mencecah ribuan ringgit jika dijual katanya. Orang yang memhami seni sahaja yang mengetahui keunikkannya. Lihatlah antara hasil seni mereka yang sempat di fotokan:





Khamis, Januari 31, 2008

Kembali Ke Rahmatullah..

Dua tokoh berlainan bidang meninggal dunia. Al-Fatihah


Dato' Ishak Baharom

Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh hari ini (3.05 petang) selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi pemberita, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Sebelum ini laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri.


Rosli Khamis (Loloq)

Jenazah penulis lirik terkenal Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis yang meningal dunia jam 1.30 petang semalam di Hospital Pakar Damansara telah di bawa ke Masjid Sungai Boluh untuk proses pengkebumian.

Beliau dimasukkan ke hospital Ahad lalu selepas pengsan di rumahnya. Loloq 50, dipercayai mengalami pendarahan dalam otak.




Rabu, Januari 30, 2008

Cina...

Iras cina? Ye ke? Tapi tu lah perkara yang sering terjadi kepada diriku bila terdapat orang cina yang speaking cina dengan aku. Mula heran jugak tapi dah kerap berlaku so tak ler terkejut sangat. Baru-baru nie ketika aku sedang memandu dan berhenti disimpang 3, seorang cina bermotor menghampiri kereta aku dan dengan selamba speaking cina ngan aku. Aku pun confuse apa yang dia speaking. Lama gak ler dia membebel tapi aku senyum jer lah kat dia. Dia tengok aku dok selamba jer dia tenung aku balik. Pastu aku sound lah dia yang aku tak faham bahasa cina. Terus dia gelak. Katanya ingatkan aku cina sebab muka macam cina. Pastu dia minta maaf. Rupanya dia nak bagi tau lampu break kete aku tak menyala (rosak kot). Pastu dia terus blah.

Ada lagi peristiwa lain. Masa tu aku pi sebuah kedai cina untuk beli barang. Masa nak bayar tu si tokei kedai tu asyik membebel bahasa cina jer. Apa yang dia bebel aku pun tak tau ler. Dia pandang aku bila aku tak cakap apa-apa, aku sound dia tanya lu cakap sama gua ka tokei? Terus diatanya lu bukan cina ka? Aku cakap muka gua ada serupa itu cina ka? Dia cakap ada maa. Serupa itu juga cina. Pastu dia tanya sama ada aku mix ke? Hu hu aku nie melayu tulen ler.

Kekadang teringat balik rasa nak gelak. Bukan sekali dua kena macam tu. Dah banyak kali jugak. Dulu ada gak belajaq sesikit bahasa cina ngan kekawan sekolah. Hokien, mandrin dan kantonis. Tapi sekarang dah tak ingat apa apa dah. Tak rugi belajar bahasa cina nie sebab boleh bersaingan ngan bangsa dia. Orang cina pun respek kalo orang melayu pandai bercakap cina.

Isnin, Januari 28, 2008

MANDI..


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Samy..

Dipetik dari utusan 27/1/08
Patutnya dah lama berhenti. Sebab tak de menyumbangkan apa-apa pun selain harga tol naik jer. Berehat ler..

Jumaat, Januari 18, 2008

Squash

hebat sekali dia orang main squsah...

Bayangkan pertama kali aku memegang reket squash aku dah boleh mengalahkan coach. Bangganya. Ahaks. Jangan marah yer pak su. Seronok gak permainan nie. Terima kasih kepada topo yang mempelawa untuk serta dalam latihan squashnya. Dan untuk shah yang turut hadir pada malam itu.

Sabtu, Januari 12, 2008

Tasik Jaya





Lama tak jejak ke tasik jaya walaupun dekat jer. Erm tenang dan nyaman rasa. Sesuai untuk merehatkan minda sambil bersantai.

Khamis, Januari 10, 2008

Rabu, Januari 09, 2008

Selasa, Januari 08, 2008

Antara Tahun Hijrah dan Tahun Masihi

Hari ini Selasa, 8 Januari 2008 bersamaan dengan 29 Zulhijjah 1428. Cuma dua hari lagi, iaitu Khamis ini, insya-Allah kita akan menyambut Tahun Baru Hijrah 1429. Jadi kita bertuah kerana dalam tempoh hanya 10 hari kita dapat merayakan dua kali tahun baru. Pada tahun seterusnya pula kita dijangka merayakan dua tahun baru selang satu atau dua hari saja.

Persoalan tentang tahun Hijrah dan tahun Masihi ini memang sering diperbincangkan di media-media utama. Namun hingga kini rata-rata masyarakat Malaysia masih belum begitu memahami tentang kedua-dua tahun ini khasnya tahun Hijrah. Sebenarnya banyak rahsia tentang perkiraan tahun yang belum diketengahkan kepada umum.

Apabila berbicara tentang apa jua persoalan kita tidak dapat lari daripada merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta. Panduan tersebut sudah tentulah al-Quran dan al-hadis. Kedua-dua sumber ini adalah dalam bahasa Arab.

Sehubungan itu, sewajarnya kita menguasai bahasa Arab untuk meneroka dengan lebih jauh rahsia-rahsia tentang perkiraan hari, minggu, bulan, tahun, dekad, kurun dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Persoalan yang sering ditimbulkan ialah mana satu kita hendak pakai? Tahun Hijrah atau tahun Masihi? Dalam hal ini kita boleh menggunakan salah satu daripadanya.
Walaubagaimanapun, yang terbaik ialah kita menggunakan kedua-duanya. Untuk itu, kita perlu membuat kajian terperinci setiap hal yang berkaitan dengan kedua tahun ini.

Tahun Hijrah adalah berdasarkan bulan, manakala tahun Masihi pula berdasarkan matahari. Antara bulan dan matahari, kedua-duanya sama penting kepada kehidupan
kita. Di sebelah siang, matahari menyinari kehidupan kita. Pada waktu malamnya pula bulan yang sudi menyuluh kegelapan yang kita hadapi.

Dalam hal ini, kita selalu teringat bait-bait puisi yang sering kita lafazkan ketika tibanya Maulidun Nabawi atau Maulidur Rasul. Bait-bait puisi ini ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu:

Anta Syamsun Anta Badrun (Kaulah umpama matahari dan kaulah umpama bulan)

Anta Nurun Fauqa Nuri (Kaulah umpama cahaya di atas cahaya)

Tahun Masihi dikira berasaskan peredaran matahari manakala Tahun Hijrah pula dikira berasaskan peredaran bulan. Perkataan matahari disebut sebanyak 33 kali dalam al-Quran, berbanding perkataan bulan disebut sebanyak 27 kali dalam al-Quran. Jika dijumlahkan keduanya disebut sebanyak 60 kali. Purata bagi keduanya ialah 30 kali.

Allah berfirman, Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan seperti mana dalam kitab Allah pada hari di mana Allah menjadikan langit dan bumi ini. Antaranya ialah empat bulan yang diharamkan berperang (Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah). (at-Taubah: 36)

Sehubungan itu kita dapat perhatikan semua tahun sama ada tahun Hijrah, tahun Masihi, tahun Arab, tahun Cina, tahun India dan apa jua perkiraan tahun memiliki 12 bulan. Selain itu, jika kita menganalisis ayat al-Quran kita dapati perkataan shahrun yang bererti bulan disebut sebanyak 12 kali.

Antaranya ialah ayat yang sering dibaca ketika bulan Ramadan iaitu dalam Surah al-Qadr yang bermaksud, Lailatul qadar lebih baik daripada 1,000 bulan.

Sempena sambutan Maal Hijrah ini marilah kita merenung sejenak kedudukan umat Islam sekarang. Dalam minggu ini suasana masyarakat Islam di Malaysia ialah mereka banyak mengadakan perayaan sambutan Maal Hijrah sama ada di masjid atau di surau. Antara aktiviti yang paling popular ialah aktiviti ceramah tentang peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin dari Mekah ke Madinah.

Kebanyakan penceramah akan menyampaikan cerita tentang perjalanan penuh ranjau ke Yathrib (Madinah) yang dilalui oleh Rasulullah bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar.

Antara slot yang sering difokuskan ialah peranan labah-labah yang telah membuat sarang sebaik sahaja Nabi dan sahabatnya memasuki gua Thur.

Langkah labah-labah tersebut menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berminat masuk ke dalam gua tersebut kerana merasa yakin bahawa tiada orang dalam gua kerana ada sarang labah-labah.

Pada fikiran mereka, jika ada orang yang masuk sudah tentulah sarang tersebut terkoyak. Sehubungan itu, labah-labah dianggap sebagai binatang yang mulia kerana menjadi penyelamat. Oleh itu, tidak hairanlah kalau gambar labah-labah dijadikan lambang utama atau ikon bagi sambutan Maal Hijrah di Malaysia.

Tahukah anda, bahawa peranan yang dimainkan oleh labah-labah tersebut telah menarik perhatian para saintis Barat. Di ketika masyarakat Islam di Malaysia masih lagi saban tahun bercerita tentang kisah labah-labah sebagai penyelamat, para saintis Barat telah membuat kajian terperinci tentang labah-labah.

Antara hasil dapatan yang diperolehi ialah air liur labah-labah merupakan suatu elemen yang sangat kuat dalam melindungi sesuatu benda. Setelah dibuat perbandingan didapati bahawa baju daripada air liur labah-labah didapati lebih kuat daripada baju yang dibuat daripada besi keluli. Ini kerana baju yang dibuat daripada air liur labah-labah adalah kalis peluru berbanding besi keluli.

Hasil kajian ini, Barat membuat tindakan drastik. Mereka pun membuat projek mega dengan menternak labah-labah secara besar-besaran dan membina kilang memproses
air liur labah-labah. Di samping itu kajian ilmiah tentang rahsia labah-labah diteruskan dari semasa ke semasa.

Hari ini, negara-negara Barat seperti Britain menggunakan teknologi ini dalam bidang pertahanan. Mereka begitu yakin dengan fungsi labah-labah yang menjadi benteng yang kuat sehinggakan pihak musuh tidak dapat menyerang Nabi dan sahabatnya.

Jadi, apakah perbezaan antara cara berfikir masyarakat Islam di Malaysia dan para saintis di Barat? Masyarakat Islam di Malaysia hanya berminat dengan kisah-kisah perjuangan Nabi tetapi rata-ratanya masih lagi kurang berminat untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kisah tersebut.

Para saintis di Barat sangat berminat mengkaji sirah Nabi dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kisah tersebut. Sehubungan itu, siapa yang lebih menghayati Maal Hijrah?

Tahukah anda?

Perkataan yaum dan al-yaum (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari disebut sebanyak 349 kali dalam al-Quran al-Karim.

Jika dicampurkan dengan perkataan yaumukum (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari kamu semua disebut sebanyak lima kali menjadikan jumlahnya 354 kali. Ini bersamaan dengan tahun Hijrah (354 hari).

Jika dicampurkan dengan perkataan yauman (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari (dalam bentuk mansub) disebut sebanyak 16 kali menjadikan jumlahnya 365 kali. Ini bersamaan dengan tahun Masihi (365 hari).

As-habul Kahfi (sekumpulan pemuda beriman yang tinggal dalam gua) tidur selama 309 tahun. Dalam al-Quran bilangan 309 disebut (thalatha mi atin siniina wazdaaduu tis’a) yang bermaksud 300 tahun dan mereka menambah sembilan. Setelah dibuat kajian terperinci didapati bilangan 300 tahun Masihi bersamaan dengan bilangan 309 tahun Hijrah. Sila rujuk Surah al-Kahfi ayat ke 25.

Novel Salahudin Al-Ayubi


Hampir tiga hari aku menghabiskan masa untuk mengkhatamkan buku "SALAHUDIN PENAKLUK JURUSELAM". Novel sejarah Islam nie menarik sekali dengan bahasa yang mudah dan fakta sejarah yang lum pernah aku tahu. Siapa yang tidak kenal Salahudin Al-Ayubi yang merupakan tokoh pejuang Islam yang mengalahkan tentera salib. Pernah diceritakan dalam filem Kingdom of Heaven (2005).

3 DVD


Masa jalan-jalan di Digital Mall, ternampak kedai jual DVD. So layan ler tengok mana tau ada yang berkenan. Muay Thai, I am the Legend dan The Golden Compass yang aku beli. Tapi sampai sekarang 3 dvd tu lum aku tengok lagi.

Calar..




Weekend lepas teman member pi ambik barang dia kat Port Klang. Orang balik dari UK ler kan. Dalam diam dia bawak balik kete BMW. Tapi sayangnya dalam kargo tu kete dia calar balar. Meraung gak member tu. sian dia. Sabar erk..