Rabu, November 15, 2006

DR. FAZLEY MENDIRIKAN RUMAH TANGGA


BERITA TERKINI FAZLEY:
7 November 2006 - Selamat Pengantin Baru.
Moga kekal hingga ke akhir hayat...

Alhamdulillah. Kita bersyukur ke hadrat Allah swt. Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang di atas limpah rahmatNya yang telah menentukan penyatuan suci dua jiwa yang saling mencintai.

Pada 7 November 2006 bersamaan 15 Syawal 1427 selebriti kesayangan anda Dr. Fazley Yaakob telah selamat diijabkabulkan dengan puteri pilihan hatinya Azrene Soraya. Mereka telah ditunangkan terlebih dahulu pada pukul 12 tengahari dan acara pernikahan dilangsungkan pada 2.30 petang di Masjid Saidina Abu Bakar Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pasangan suami isteri ini dengan penuh kesyahduan memohon doa dan restu dari semua ahli keluarga, saudara-mara, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali mereka. Alhamdulillah.

Tiada ulasan: