* sekadar renungan bersama...
SETIAP kali ke selatan tanah air, saya sukar melupakan suatu peristiwa yang berlaku semasa saya berkhidmat di
Saya masih ingat, bulan Mac 1980, kira-kira pukul 10.30 malam, saya mendapat panggilan telefon mengatakan ada kematian di kawasan perumahan berhampiran tempat kediaman saya.
Memandangkan malam sudah hampir larut, saya menangguhkan niat menziarah Allahyarham. Saya mengambil keputusan menunggu sehingga esok pagi. Saya tidak begitu mengenali Allahyarham. Apa yang diberitahu beliau seorang wanita yang masih muda dan belum berumahtangga. Bagaimanapun saya memang kenal baik dengan ibunya. Orangnya baik dan lemah lembut, senang dibawa berbincang malah tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.
Keesokannya, kira-kira pukul 8.00 pagi saya pun bergegas ke rumah Allahyarham. Niat hati hanya untuk berziarah saja kerana kebetulan waktu itu saya sedang hamil. Lagipun di situ terdapat seorang pengurus jenazah yang memang saya kenali.
Sebaik tiba di
Masa terus berlalu, pengurus jenazah yang bernama Mak Siti itu tidak muncul-muncul. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Hati mula tertanya-tanya, siapa akan menguruskan jenazah ini? Kesian... Sudah lebih 12 jam jenazah terbiar. Saya menghampiri ibu Allahyarham. "Mak cik, mana Mak Siti? Hari dah tinggi. Dia tak sampai lagi?" saya bertanya.
"Entahlah ustazah, mak cik telefon dia tadi. Katanya dia datang lewat sikit, ada hal
mustahak," kata ibu Allahyarham separuh kesal.
"Jenazah tak elok dibiarkan lama-lama. Saya bukan tak nak tolong tapi mak cik tengoklah keadaan saya ni..." kata saya kepadanya sambil menunjuk ke arah perut.
"Tak apa ustazah, makcik faham. Mak cik akan
Salah seorang waris keluarga itu terus ke kampung sebelah, meminta pertolongan. Lebih kurang setengah jam kemudian dia muncul kembali. "Macam mana?
"Tak ada. Dia ke
"Macam mana ni ustazah?" katanya kepada saya dengan wajah sedih. Lantas dia memeluk saya sambil menahan sedu.
"Bersabar mak cik. Semua yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya. Kita tunggulah Mak Siti, kalau tak ada juga baru kita cari ikhtiar lain," kata saya
Kami mengambil keputusan menunggu saja kedatangan Mak Siti. Hari semakin petang. Jarum jam terus berputar daripada pukul 1.00 ke pukul 2.00 dan akhirnya mencecah 3.00. Seorang demi seorang yang berada di ruang tamu meninggalkan rumah Allahyarham. Semakin lama semakin ramai yang meminta diri untuk pulang. Melihat keadaan yang semakin lengang, ibu Allahyarham kelihatan serba tak kena. Tentulah dia sedih memikirkan tiada siapa untuk menguruskan jenazah anak kesayangannya.
"Macam mana ni ustazah, jam dah hampir 4.00 petang. Bayang Mak Siti pun tak nampak," rintih ibu Allahyarham sambil air matanya berlinangan.
"Kesian saya tengok mak cik. Tak ada siapa yang nak uruskan. Macam nilah mak cik... saya bukanlah nak ambil tahu hal keluarga mak cik, tapi ada tak apa-apa kelakuan Allahyarham yang mengecilkan hati mak cik?" tanya saya spontan. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana saya dapat mengeluarkan perkataan demikian pada waktu itu.
"Kenapa ustazah tanya macam ni?" katanya agak terperanjat.
"Tak ada apa-apa. Cuma... kalau ada perilaku Allahyarham semasa hayatnya membuat mak cik kecil hati, maafkan ajalah dia. Mungkin Itu akan dapat meringankan bebannya," kata saya bersungguh-sungguh.
Mendengar kata-kata itu, ibu Allahyarham terus menangis teresak-esak lantas memeluk saya. Saya tergamam seketika. Mulut saya terkunci.
"Memang mak cik merasa kecil hati dengannya. Dia tu suka melawan, sepatah yang mak cik cakap, sepuluh dia balas. Puas adik-beradik nasihatkan dia. Tapi dia tetap macam tu.
"Lagipun dia ni degil, tak pernah langsung mendengar nasihat mak cik. Apa yang mak cik cakap semuanya dibangkang," katanya dengan linangan air mata.
Menurut ibu Allahyarham lagi, walaupun demikian anaknya amat bersopan santun dan mesra dengan orang lain. Tidak pernah dia meninggikan suara jika berbual dengan sahabat atau saudara-mara.
"Dengan mak cik saja dia begitu.. Itu yang mak cik kecil hati. Kadangkala mak cik terfikir di mana silap mak cik," tambahnya dalam esak tangis.
Malah kata ibu Allahyarham, anaknya seorang yang taat kepada suruhan Allah. Segala amal ibadat sama ada yang wajib atau sunat tidak pernah ditinggalkan.
"Sampai sekarang mak cik kecil hati dengan dia. Sebab ni ke, tak ada orang nak sempurnakan jenazahnya, ustazah?" tanya ibu Allahyarham sambil mengesat mata.
"Yang sudah tu sudahlah. Sekarang mak cik maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan itu. Insya-Allah segalanya akan berjalan lancar dan jenazahnya akan disempurnakan dengan cepat," kata saya lagi.
Sebaik saja saya berkata demikian, ibu Allahyarham terus mengangkat tangan berdoa sambil berkata, "Ya Allah, ya Tuhanku. Aku ampunkan segala kesalahan, kesilapan dan dosa anakku ini. Lapangkanlah anakku dari segala seksaan." Dia kemudian terus membuka kain penutup jenazah. Ditenung wajah anaknya agak lama.
Lebih kurang
''Maaflahhhh, terlambat. Saya ke pekan, ada hal sikit tadi. Tak sangka pula susah benar dapat teksi, tak macam selalu," kata Mak Siti sambil bersalaman dengan tetamu-tetamu yang ada. Saya pandang wajah ibu Allahyarham. Jauh di sudut hati, saya berbisik: "Alangkah besarnya keagunganMu, ya Allah. Enam belas jam jenazah terbiar tetapi selepas dosanya diampunkan ibu, mudah saja Allah lorongkan kebaikan."
Memandangkan semua sudah tersedia, Mak Siti terus memulakan tugasnya. Saya juga turut membantu serba sedikit. Tidak sampai satu jam, segala-galanya รข€” daripada mandi, kapan dan sembahyang jenazah siap disempurnakan.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran selepas azan Asar pada hari itu juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan