Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.
Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
*DARAH O
Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
*(Jenis darah aku)
1 ulasan:
nana punye drh "O" hehehehhe.... hmmm hmpir sumela betul ;) tks for da info... :)
Catat Ulasan