Selasa, April 28, 2009

JANGAN MENGELUH KERANA TERIKNYA MATAHARI


Panasnya hari ini. Tak tahan rasanya panas begini.


Begitulah keluhan kita bila menghadapi kepanasan matahari. Seolah-olah keterikkan matahari telah menyeksa diri kita. Tanpa kita sedari bahawa munculnya matahari banyak memberi manafaat kepada kita atas izin Allah SWT.


Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (Surah Ar-Ra'd:2)


Ahli sains mengeluarkan anggarannya. Bagaimanapun, kita tidak dapat mengetahuinya dengan membandingkan dengan suhu yang sama di dunia. Di permukaan matahari sahaja, suhunya ialah 6,000°C. di dalamnya, ia meningkat sehingga 12,000,000°C. Tiada kepanasan di Bumi yang dapat kamu bandingkan dengan kepanasan ini! Tangan kamu hanya dapat menyentuh air sekitar 50°C. Walaupun pada musim panas, suhu hanya berada sekitar 40-50°C. Contoh ini membuktikan Allah telah menetapkan jarak di antara Bumi dan matahari dengan tepat. Jika matahari sedikit hampir kepada kita, semua yang berada di Bumi akan layu dan kering oleh kepanasan dan bertukar menjadi abu. Bagaimanapun, jika ia sedikit terlebih jauh, semuanya akan beku. Sudah tentu hidupan tidak akan wujud di dalam kedua-dua keadaan ini.


Kawasan kutub, di mana kepanasan daripada matahari paling kurang diterima, sentiasa diseliputi ais. Sebaliknya, di khatulistiwa, kawasan paling banyak menerima cahaya matahari, sentiasa panas. Allah telah mewujudkan kawasan-kawasan ini sebagai perumpamaan kepada kita. Kawasan-kawasan lain lebih sesuai untuk manusia hidup. Ini menunjukkan rahmat Allah yang dilimpahkan kepada kita. Ini kerana, jika Allah tidak menetapkan jarak di antara matahari dan Bumi dengan tepat, sedah tentu kehidupan di Bumi ini lebih sukar kepada kita. Mungkin juga tidak ada kehidupan langsung.


Dengan kejadian matahari ini, jika dinilai akan kasihnya Allah pada hambaNya maka sudah tentu manusia akan bertakwa. Manafaat yang di berikan oleh matahari kepada kehidupan semesta bukan setakat menyinari alam ini tetapi juga memberikan kesihatan jasmani kepada makhluk di muka bumi. Renungkanlah begitu telitinya Allah menciptakan matahari untuk keselesaan makhluknya dan berapa ramai yang bersyukur atas nikmat matahari yang diberikan malahan ramai yang mengeluh......


Hai matahari…apakah kamu tidak pernah letih?…hinggakan aku lihat kau tak pernah jemu menjalankan tugas mu? Kau bergitu kuat memperlakukan tanggungjawab ini..atau adakah kau terpaksa melakukannya…


Hai matahari,..apakah kamu tidak pernah keliru?..hinggakan aku lihat, cahayamu meratai seluruh cakerawala.. apakah kau begitu teliti dalam perkerjaan mu..


Hai matahari…apakah kau tidak pernah jatuh cinta?.. hinggakan aku lihat.. walau apapun menabur kasih kepada mu, kau tetap bersendirian…. apakah kau tidak punya perasaan…


Ya…memang benar.. matahari tidak mempunyai perasaan sebagaimana manusia, jadi tidak mungkin ia merasai apa yang manusia rasakan…. namun matahari tidak pernah mungkir dalam menjalankan tanggungjawab yang di berikan Allah kepadanya.

Tiada ulasan: