Selasa, Februari 12, 2008

Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

'Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya' beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.

Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.

Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

'Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?' tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

'Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu' beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup mereka. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

Isnin, Februari 11, 2008

Filem Congkak...



Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya.

Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.

Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.

Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.

Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.

Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK.

RM100 ribu untuk anda....


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 jika ada pihak memberi maklumat sehingga tertangkapnya penculik Sharlinie Mohd. Nashar.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong sebagai jurucakap NGO itu berkata, wang tersebut hasil sumbangan beberapa pertubuhan dan individu yang prihatin dengan nasib menimpa keluarga kanak-kanak tersebut.

Menurutnya, usaha itu telah dipersetujui hasil perbincangan yang turut melibatkan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk William Lim, dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, semalam.

Bagaimanapun menurut Micheal, ganjaran itu akan diberikan kepada pemberi maklumat berdasarkan tiga syarat utama.

Katanya, wang tunai RM50,000 akan diberikan setelah suspek ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah dan bakinya apabila suspek dijatuhkan hukuman.

"Namun tawaran ini hanya sah sehingga 29 Februari ini sahaja," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sharlinie, 5, hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya dari taman permainan berhampiran rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya pada pagi 9 Januari lalu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS), Datuk Donald Lim Siang Chai pernah menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat berhubung kes kanak-kanak malang itu.

Michael memberitahu, usaha tersebut sebagai inisiatif NGO untuk membantu pihak berkuasa dalam mencari Sharlinie yang kini sudah hilang lebih daripada sebulan.

Beliau berkata, tempoh tawaran ganjaran itu dianggap cukup panjang memandangkan kehilangan Sharlinie diketahui oleh semua pihak.

Katanya, mereka yang ada maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi 03- 21615678, 016-6036633 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, 03-79662222 bagi membantu siasatan. {Sumber : Utusan Malaysia}

Wedding..

Selamat Pengantin Baru
Firdaus dan Zuhana


Sabtu lepas aku dan member ke wedding Firdaus dan Zuhana kat Jalan Kepong. Kami diminta oleh ayah pengantin untuk hadir jam 12.30 tgh. Sesampainya kami di majlis itu kami ditempatkan di meja VIP. Wow meja VIP lagi tu, silap orang agaknya tapi tak kisah ler kan dah orang suruh duduk kat situ kita terima je lah. Pulak tu duduk semeja dengan dua orang seleberiti. Eh bukan seleberiti artis yer ini seleberiti pendakwah. Rasa macam al-Kulliyah pulak. Ha ha ha. Kelu lidah tak berkata. Hanya senyum tawa yang dapat diberi ketika sesi perbualan.

Cuti Raya..

Cuti raya cina aku memamng plan tak balik kampung. Saja nak merasai suasana sepi di KL. So masa raya cina pertama tu plan nak ke midvalley ler ronda-ronda naik komuter ke kan tapi ada plak cadang pi Alamanda Putrajaya. So dengan tak semena-mena pun kita orang dah sampai ke Alamanda. Yerlah sebab Mid Valley tu dah biasa sangat. Wah walaupun cuti, ramai juga manusia kat situ. Perut pun lapar so kami melilaui ler cari makan. Macam-macam terasa nak makan tapi last-last singgah ler tempat nie.

Pelik gak napa tak ada orang dalam kedai tu. Tapi kedai lain semua penuh-penuh belaka. So order lah makanan pizza. Ha ha ha patut ler tak ramai orang rupanya makan rasa tak mengenyangkan pun. Adui perut pun tak penuh ngan makanan. Lepas abis pizza tu kami pun ronda-ronda ler dalam Alamanda tu dan singgah di Carrefour untuk mencari keperluan diri. Kami pun belum solat Asar lagi dan terus ke Masjid Putrajaya. Kat dataran pun ramai nyer manusia, nak park kereta pun kena tawaf 7 kali baru dapat.

Masa tangkap gambar nie pak guard masjid sound kata tak leh
ambik gambar dalam masjid. He he he. Sorry pak guard..


Lepas solat tu terus gerak nak balik rumah. Tapi dah lalu depan Tesco Puchong so singgah ler sebab kat carrefour barang yang nak cari tak dijumpai. Time tu dah masuk waktu maghrib so puas lah mencari surau kat situ. Akhirnya jumpa tapi sian surau tu terperosok jauh dan payah untuk ditemui. Masuk jer dalam Tesco ramai jugak manusia sedang ber shopping. Barang dapur kat tempat tu kebanyakkan stok dah habis macam ikan, daging ayam, telur dll. So terpaksa ler beli barang dapur yang siap dibungkus sahaja.

Dalam pada tu perut pun kelaparan. Cadang nak makan kat situ jugak tapi macam tak menarik jer. Last-last kami singgah jer kat pasar malam dekat rumah untuk membeli hidangan makan malam. Memang cukup letih hari tu seharian berjalan. Ponak den. End

Seramik..

Minggu lepas sempat aku pi melawat studio tempat kawan aku bertapa. Studio tu tempat kawan aku dan lecture nya menghasilkan seni arca seramik. Menurut beliau seramik yang dihasilkan ini akan di pamerkan di galeri-galeri dan juga di pertunjukan seramikyang akan berlangsung mengikut jadual jemputan yang diterima. Boleh tahan juga hasil seni mereka ini. Boleh mencecah ribuan ringgit jika dijual katanya. Orang yang memhami seni sahaja yang mengetahui keunikkannya. Lihatlah antara hasil seni mereka yang sempat di fotokan: