Selasa, Disember 18, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1428H


Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita pula 'pengorbanan' suci yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim iaitu ketika ia mendapat mimpi supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail dan kerelaan Nabi Ismail tunduk kepada kemahuan bapanya tanpa alasan patut dijadikan sebagai 'iktibar' pada kita. Iaitu melakukan sesuatu itu patutnya ikhlas semata-mata kerana Allah. Lebih menyedihkan ada yang berpendapat dan berfikir bahawa ibadat korban tersebut dianggap sebagai satu jalan untuk menunjukkan bahawa diri lebih bermurah hati tetapi dalam hati tidak ikhlas. Bahkan tidak kurang juga beranggapan bahawa ibadat korban dijadikan suatu kemestian tiap-tiap Hari Raya Aidiladha menjelang. Dengan kata lain: Kita patut fikirkan sejenak apa faedahnya korban-korban yang disembelih Hari Raya Haji yang dianggap oleh tuannya suatu kemestian tetapi dengan melupakan orang-orang yang berhajat, fakir miskin dan yang berhak menerimanya.

Ibadat korban tersebut perlu dilakukan secara ikhlas kerana Allah dan bukannya bertujuan hendak menunjuk-nunjuk bahawa seseorang itu mampu untuk melaksanakannya. Dari Aisyah Radiallahuanha Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Tiada ada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah S.W.T. dari menumpahkan darah. Bahawasanya ia (korban itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya dan bulu-bulunya
dan kuku-kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah S.W.T. sebelum darah
itu tumpah ke bumi, oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih.''
Hadis riwayat Al-Imam At-Tarmizi.

Tiada ulasan: