Khamis, Disember 27, 2007

LARANGAN MENYAMBUT TAHUN BARU

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin.


Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin.


Diantara lain beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya:-


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar".


Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran),
maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang: - UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam di malam yang gelap.


Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya, haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka??? 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno Domini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/ saya dan "Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai ".... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan." Nauzubillah ....

Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab itulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu. Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31 Disember. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukum nya ialah MURTAD. Nauzubillah. Sesugguhnya yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.

Rabu, Disember 26, 2007

Makanan..

Burasak, Ketupat dan Lepat Lueh
Kuih Apam
Kuih Sagu

Raya Korban telah berlalu. Sambil tengok balik gambar-gambar yang aku snap terlihat jenis-jenis makanan yang sempat aku ambik gambar nya. Bila aku ambik gambar-gambar tu akak aku cakap aku dah tak de keje lah tu. Sebenarnya saja jer nak test kepakaran snap gambar leh jadi profesional tak. Erm nampak gaya cam tak de jer kan.

Isnin, Disember 24, 2007

Jem..



Masa balik dari kampung ke KL. Mula tu jalan clear tapi bila dah sampai sempadan negeri sembilan mula kenderaan bergerak perlahan sampai terhenti-henti. Tak tau ler apa yang berlaku sampaikan kat highway pun boleh berlaku kesesakan macam nie. Mungkin disebabkan kenderaan rosak atau kemalangan? Atau pemandu yang tidak berhemah. Hangin gak ler rasa coz mengharungi kesesakan nie. Pulak tu ada lak kenderaan yang selamba guna laluan kecemasan.

Jalan-jalan di kampung ambo..

Nie lak waktu malam di pantai punggur. Ada expo lak masa tu siap ada pertandingan karaoke lagi.
Suka tengok pemandangan di laut. Luas dan tenang
Nie pulak kat pantai punggur dekat ngan tempat aku. Pantai nye tak ler cantik mana tapi ramai gak ler yang datang untuk berehat bersama keluarga terutama pasangan kekasih.
Nie ler bot yang digunakan kat kampung aku untuk ke laut. Tapi nie yang paling kecik ada lagi yang besar. he he he
Dulu masa kecik-kecik terjun dari atas tu ke bawah sungai. Ada berani kah?
Kaki pancing sedang khusyuk memancing....

Korban




Raya Haji pertama tu keluarga buat korban di masjid. Arwah ibu pernah dulu teringin nak buat korban dan sekarang nie kami memenuhi impian beliau. Moga rohnya dirahmati Allah. Amin.

Banjir...

Empat minggu sebelum raya haji rumah ku kat kampung dilanda banjir. Air laut melimpah naik ke darat. Banjir bukan sebab hujan tetapi disebabkan air pasang dari laut. Perkara nie sering gak berlaku sejak aku kecil hingga sekarang. Maklumlah rumah ku dekat dengan pantai dan laut. Hari nie pun menurut kakak jam 10 pagi tadi air dah membanjir rumah. .

Ribut..




Selepas selesai menunaikan solat Aidil Adha, aku bergegas pulang dari masjid kerumah kerana selepas itu kami akan ke surau dihadapan rumah ku untuk bacaan doa selamat dan kenduri. Kebiasaan dikampung pada hari raya korban pertama kami sekampung akan berkumpul di surau untuk bacaan doa selamat dan jamuan. Ketika hendak kesurau tu ler angin kencang melanda. Terhoyong hayang jadinya sampai payung yang dipegang jadi lintang pukang ditiup angin..

Moga anak ini tabah....


Ketika aku menziarahi kubur arwah ibuku. Terlihat sepasang ibu dan anak sedang menunggang motor kearah tanah perkuburan. Dan sewaktu mereka menghadap pusara mungkin suaminya, ku lihat si anak menangis sambil menadah tangan. Kasihan si anak tersebut kerana kehilangan ayah dalam usia muda sebegitu. Tak dapat ku menahan air mata ini untuk mengalir bersama. Moga anak ini tabah dan dipelihara hidupnya. Amin....

Selasa, Disember 18, 2007

Kalendar BANK RAKYAT


Hari nie pi ke Bank Rakyat coz ada urusan bil yang nak diselesaikan. Pada masa tu sempat lah mengambil kelander gantung bank tersebut. Cantik jugak designnya. Tentu si LAN bangga dengan produk bank nyer tu. So sempat ler sapu 6 keping sekali gus. :P

Mesin Lipat Baju

Enjit-Enjit Semut.



Terjumpa lagu nie semasa melayari youtube... Best gak

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1428H


Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita pula 'pengorbanan' suci yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim iaitu ketika ia mendapat mimpi supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail dan kerelaan Nabi Ismail tunduk kepada kemahuan bapanya tanpa alasan patut dijadikan sebagai 'iktibar' pada kita. Iaitu melakukan sesuatu itu patutnya ikhlas semata-mata kerana Allah. Lebih menyedihkan ada yang berpendapat dan berfikir bahawa ibadat korban tersebut dianggap sebagai satu jalan untuk menunjukkan bahawa diri lebih bermurah hati tetapi dalam hati tidak ikhlas. Bahkan tidak kurang juga beranggapan bahawa ibadat korban dijadikan suatu kemestian tiap-tiap Hari Raya Aidiladha menjelang. Dengan kata lain: Kita patut fikirkan sejenak apa faedahnya korban-korban yang disembelih Hari Raya Haji yang dianggap oleh tuannya suatu kemestian tetapi dengan melupakan orang-orang yang berhajat, fakir miskin dan yang berhak menerimanya.

Ibadat korban tersebut perlu dilakukan secara ikhlas kerana Allah dan bukannya bertujuan hendak menunjuk-nunjuk bahawa seseorang itu mampu untuk melaksanakannya. Dari Aisyah Radiallahuanha Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Tiada ada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah S.W.T. dari menumpahkan darah. Bahawasanya ia (korban itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya dan bulu-bulunya
dan kuku-kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah S.W.T. sebelum darah
itu tumpah ke bumi, oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih.''
Hadis riwayat Al-Imam At-Tarmizi.

Isnin, Disember 17, 2007

Jalan-Jalan ke MELAKA





Weekend lepas sempat ler aku pi jejalan ke Melaka. Tak de pa sangat pun yang menarik just untuk relaxkan diri. Sempat ler bermalam di A Famosa Resort dan menikmati suasana disana.

Lagu Bugis Dolo-dolo (Indo Logo)

Lagu nie lagu lama zaman aku kecik dulu. Aku pun dah tak ingat sangat tapi orang-orang bugis dulu-dulu suka sangat lagu nie. Aku pun tak berapa sangat faham maknnya. he he he

Burasak


Kebiasaannya kalo Hari Raya Puasa dan Raya Haji, Arwah mak selalu masak burasak. Aku kalau tak de burasak ni..macam tak raya..burasak tu makanan tradisi orang bugis di hari raya..beras campur santan kelapa yang dibungkus dengan daun pisang... tahun nie tak merasa lah burasak. sedihnyer

Aku Kembali

Genap setahun aku tidak meng 'update' blog ini. Argh... teringin untuk memeriahkannya kembali. Aku kembali lagi....