Isnin, Disember 18, 2006
Khamis, November 30, 2006
TOL NAIK LAGI...
Bagi pemilik konsesi Lebuhraya Damansara Puchong sahaja kerajaan dikatakan membayar pampas an RM68 juta tahun lepas dan RM76 juta tahun ini. Oleh itu jika kerajaan tidak membenarkan kenaikkan kadar tol kemungkinan bayaran pampas an ini akan terus meningkat.
Tolak sini tolak sana akhirnya mangsa yang terbaik sebagaimana biasa adalah rakyat juga.
Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamad dalam rancangan Ulasan Akhbar Hari Ini di WTV8 http://wtv8.tv/ menyebut bahawa rakyat sebenarnya tidak tahu menahu akan apakah yang sebenarnya terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan pemilik-pemilik konsesi ini. Kerajaan septutnya bertindak telus agar rakyat dapat meyemaknya dan kiranya ia merugikan rakyat dan negara sepatutunya ia disemak semula. Jika tidak inilah padahnya, rakyat juga yang menjadi mangsa.
Bayangkan dengan kadar inflasi berligar sekitar 4.8 ke 5 peratus dan kini bayaran tol pula naik lagi, apakah akan terjadi kepada rakyat jelata selepas ini?
Pasti akan ada pihak yang berlagak pandai yang akan mencadangkan agar kita elakkan dari menggunakan lebuhraya, guna sahaja jalan persekutuan. Mengapakah begitu? Rakyat akan terus disuruh berjimat-cermat, tetapi sampai bila? Kalau dahulu kita makan tiga kali sehari (sebagaimana disebut Syed Shahir) apakah selepas ini kita perlu makan dua kali sehari sahaja?
Bagi saya sudah tiba masanya rakyat menyemak semula kecekapan kerajaan ini dan kemampuannya untuk membela dan mempertahankan nasib rakyat. Kita bukan maksudkan dua tiga juta rakyat di Bandar-bandar besar, tetapi yang kita maksudkan adalah keseluruhan rakyat di negara ini.
Sekiranya tahap kemampuannya sudah lemah dan sudah tidak bertenaga lagi, maka sudah tiba masnya untuk kita menimbang-nimbang alternative lain. Mengeluh-mengeluh juga tetapi sesungguhnya kita masih ada pilihan untuk membuat perubahan, fikirkanlah.
PEMBUNUHAN ALTANTUYA: APA YANG TIDAK KENA?
Pertama. Bagaimanakah seorang penganalisis politik seolah-olah dengan begitu mudah boleh mendapat khidmat dari dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Pada hal UTK boleh dikatakan sebuah unit elit dalam pasukan polis, dan berkhidmat khusus kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Adakah kerana ada apa-apa hubungan istimewa?
Kedua. Dipercayai bahawa bahan letupan yang digunakan ke atas mangsa ialah jenis C4. Kami diberitahu bahan ini agak baru dan disimpan dengan jagaan keselamatan yang rapi. Bagaimanakah bahan ini dapat diperolehi mereka yang dituduh meletupkan mangsa sehingga hancur berkecai? Sekali lagi, adakah kerana apa-apa hubungan yang istimewa?
Ketiga. Pihak tertuduh utama dalam kes pembunuhan ini dibebaskan oleh mahkamah dengan bon tanpa jaminan. Setahu kami, ini hanya kali kedua kes pembunuhan dibenarkan bebas. Tetapi ia merupakan kali pertama tertuduh dibebaskan tanpa membayar ikatan jamin. Yang anehnya pihak Pendakwa tidak membantah sama sekali. Apakah ada udang besar di sebalik batu?
Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat, saya ingin menggesa supaya pucuk pimpinan Kerajaan segera memberikan penjelasan yang kukuh tentang ketiga-tiga perkara di atas, sama ada benar atau tidak. Jikalau didiamkan, berita angin akan semakin meluas, dan inilah yang akhirnya dipercayai umum.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
28 November 2006.
Rabu, November 29, 2006
KALKATU
Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu.
Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke
MORAL & IKTIBAR
- Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kalkatu .
- Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat .
- Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api neraka.
Selasa, November 28, 2006
KISAH PENJUAL TEMPE
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Semen
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual
menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
KATIL PEMBUNUH
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor...
Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya...beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...
Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..Masa berputar... pukul 08:00am..08:30am sehingga jam 9.00 am...tiba-tiba...... kreeeeeek.. Pintu bilik ICU itu terbuka....Kemudian masuklah Makcik Asiah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...;)
Rabu, November 22, 2006
HARGA TANGAN SEORANG ANAK..
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak inipun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yangbelum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu, " balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, sibapa terketar-ketar menandatangani
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulangkali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi, " katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
*Sumber: Mastika Mei 2004
Selasa, November 21, 2006
SIAPA DIBELAKANG SISTERS IN ISLAM?
Semasa sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno yang lalu seorang perwakilan dari Pulau Pinang, Shahbudin Yahya telah mendedahkan darihal komplot beberapa NGO yang bergerak sehingga mengancam kedudukan Islam dalam negara.
Antara NGO yang didedahkan oleh wakil Umno Pulalu Pinang itu adalah:
Pusat KOMAS, Sisters in Islam dan Penang Global Ethics Project
Menurut wakil Umno itu lagi NGO-NGO ini mendapat sokongan dari sebuah badan antarabangsa iaitu Konrad Adenauer Foundation yang mempunyai pejabat cawangan di sini.
Shahbudin telah menunjukkan kepada para perwakilan beberapa produk badan ini termasuklah buku dan VCD yang katanya mempromosi konsep liberalisma dan pluralisma dalam beragama. Kata beliau ini bermakna
Kata beliau lagi Sisters in Islam contohnya selama ini menumpukan kegiatannya kepada melemahkan system kehakiman mahkamah syariah bagi menimbulkan keraguan dikalangan masyrakat Islam agar menolak system kehakima syariah.
Sesungguhnya protes terhadap tindak-tanduk Sisters in Islam ini telah lama disurakan oleh badan-badan dan gerakan Islam, tetapi tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak. Malahan penubuhan apa yang dikatakan IFC itu pun menerima sokongan dan galakkan kuat dari SIS.
Cumanya apa yang wakil Pulau Pinang itu tidak sedar adalah apabila beliau mendedahkan darihal kegiatan SIS ini beliau menyinggung dua orang besar dalam Dewan Merdeka PWTC itu iaitu Presiden partinya serta Naib Ketua Pemuda Umno
Kenapa?
Kerana anak dan isteri mereka iaitu Nori Abdullah adalah seorang aktivis SIS. Beliau sering mengikuti program, anjuran SIS. Kalau benar SIS mengancam kestabilan Islam maka Menteri Keselamatan Dalam Negeri perlu menyiasat, barangkali SIS lebih merbahaya dari KMM dan Nori pula lebih merbahaya dari Nik Adli?!!
Sebagai bukti kuatnya hubungan antara Nori dan SIS terutama terajunya Zainah Anwar berikut saya perturunkan sedutan dari sebuah artikel yang terbit dalam THE NEW YORK TIMES pada 19 Febuari 2006 lalu:
A model progressive Muslim country, Ms. Zainah observed, cannot show the world that it makes laws that discriminate against women and that allows its religious authorities to snatch away the body of a dead man from his grieving Hindu family.
As Ms. Zainah, a graduate of the Fletcher School of Law and Diplomacy at
Another advantage: Ms. Zainah is close to two progressive women with powerful connections, Marina Mahathir, the daughter of the former prime minister, and Nori Abdullah, the daughter of the current prime minister. He gets an earful from her, Ms. Zainah said, referring to Mr. Abdullah and his daughter.
Zainah dilaporkan menyebut bahawa Abdullah (Perdana Menteri) akan mendengar cakap Nori dan Zainah mempunyai hubungan rapat dengan Nori!
Saya tidak pasti tetapi semasa ucapan penggulungan Dollah lewat petang tadi saya tidak pula mendengar Abdullah menyentuh atau mengulas isu ini, bermakna luahan hati wakil Pulau Pinang itu yang lebih dari 10 minit tidak mendapat perhatian Presiden dan pimpinan parti.
Sementara itu memandangkan nama Konrad-Adenauer Foundation ini telah pun disebut saya fikir eloklah pihak Kementerian Keselamatan dalam Negeri dan mungkin JAKIM juga tinjau-tinjau sedikit aktivitinya. Untuk rekod, Timbalan Perdana Menteri pun pernah sebelum ini memberi ucap utama dalam sebuah forum anjuran badan yang berpusat di Jerman ini.
Kalau kita lihat badan ini turut menerbitkan beberapa buku berkenaan Islam dalam bahasa Melayu yang saya tidak pasti adakah JAKIM dan pihak yang berwajib maklum ataupun tidak, antaranya berjudul:
Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah Dengan Falsafah,
Demokrasi dalam Al-Quran, Hadis, & Tradisi,
Islam Tunduk Menyerah
Saya mengambil inisiatif untuk menulis berkenaan SIS dan KAF ini kerana ianya dibangkitkan oleh wakil Umno dalam Perhimpunan Agung Umno. Kiranya dibangkit oleh wakil NGO Islam atau PAS sudah pasti ianya tidak perlu diberi perhatian, tetapi ini dibongkar oleh forum tertinggi dalam Umno, takkanlah pihak berkuasa TUTUP SEBELAH MATA juga?!
Kalau benar Umno serius dalam memelihara Islam, segerelah bertindak dengan menyaisat badan-badan ini tanpa prejudis. (laporan dari blog : http://n32.blogspot.com/)
Those who would like to show their solidarity with these villagers who were forced into homelessnes by man-made tsunamis may provide material support - especially tents, food and clothing - by contacting coordinator Encik Hamzah at 019 249 2065.
A tip off and internet search brought bangkit.net to the website of developers Cahaya Kelang Construction Sdn Bhd, whose list of future projects (scroll down) include projects in Kg Berembang. Cahaya Kelang Construction is a member of Acmar International, who is on a “mission to become a world class organisation.” They appear to be doing work for Syarikat Perspektif Masa Sdn Bhd (scant information available online) in partnership with Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
SITI OH SITI.....
Siti Nurhaleeda, begitulah nama keramat bagi setiap lelaki tak kira yang bujang atau yang dah kawin. Nama itu sentiasa meniti dibibir setiap lelaki jantan di kampung aku. Aku juga sudah hafal nama itu, sudah hafal rupa gadis itu, dan dah beribu kali aku "berdating" dengan Siti dalam mimpiku.
Nama itu jugalah yang telah menjadikan tiga orang sahabat sejati, iaitu Aku, Tapa dan Bidin.Antara Bidin, Tapa dan aku dah tak bertegur sapa lagi. Masing-masing bawa hal sendiri. Semuanya kerana kehadiran pembantu kedai makan Pak Dol yang cun itu, Siti Nurhaleeda. Bahkan bukan tiga sahabat itu saja, malah hampir kesemua orang kampung tak nak bertegur kerana melayan perasaan terhadap Siti. Begitulah bertuahnya siti. Lenggok siti dipandang, Body Siti tak puas mata memandang.
Bagi kaum ibu pula merasa merasa runsing dengan kehadiran siti. Mereka takut bermadukan Siti. Maka tak kuranglah pula suri rumah yang mula pasang badan semula untuk menambat kembali hati suami mereka.Suami pula dilayan sebaik mungkin agar suami lekat di rumah. Kalau boleh gam cap gajah nak dilekatkan dibuntut suami agar suami keluar rumah.Begitulah kesannya tentang kehadiran Siti.
Sehinggalah suatu hari, seorang lelaki berbadan sasa datang kekampung, diwarong pak Dol, ia terhenti. Mungkin dia terpegun dengan suasana dalam kedai yang penuh dengan umat manusia laksana ada kenduri. Aku pada ketika itu sedang menikmati Kopi O yang dihantar oleh buah hatiku, Siti.kalau boleh nak kuhabiskan sekali tegok saja, tapi apakan daya kopi tu panas. kalau tak bolehlah aku order lagi sambil menatap wajah ayu Siti."boleh aku duduk sini?" lelaki itu bertanya kepadaku.
"silakan " jawabku ringkas sambil menjeling kepada pemuda tersebut. kalau nak banding dengan aku, ternyata dia lebih hansem dari aku.
"Saudara nak minum apa?"aku bertindak sebagai pelayan pula,takut aku kalau nanti kalau siti datang menanya dia tergoda pulak dengan kehenseman pemuda tersebut."Teh Tarai" jawab pemuda itu Ringkas. Aku bergegas mencari siti di dapur untuk menyatakan hajat pemuda itu nak minum air teh.
Pemuda itu memperkenalkan dirinya sebagai Saiful dan menceritakan tujuannya datang kekampung ini untuk mencari adiknya.Belum pun sempat aku menanya tentang adik saiful, Siti datang melenggok menghantar teh.
Kelihatan siti agak terkejut memandang Saiful dan cawah teh jatuh berderai ke lantai.
"ooooo, sini ko rupanya, "Jerkah saiful.
Siti terketar melarikan diri ke Dapur.Orang ramai pula tertumpu ke meja aku dan Saiful.
Saiful menenangkan keadaan dan berkata yang Siti itu adalah adiknya. Aku tersenyum bangga kerana akulah lelaki pertama berkenalan dengan abang Siti, mesti saham aku naik. Tapa dan bidin memandang kearah aku, mungkin sedikit kecewa kerana aku mendahului mereka mengenali abang siti.
Tanpa segan silu aku membahasakan diri sebagai adik dan memanggil saiful abang dan menyatakan hasrat aku untuk menyunting Siti.
Jawapan Ringkas dari saiful ini membuatkan aku rasa bagai dihempap pokok ketapang, malah aku yakin seluruh penduduk kampung lelaki berperasaan demikian.
"Ko nak jadi umat nabi Luth ker? Siti tu sebenornya jantan, nama dia Leman, tapi suka jadi pompuan. "Begitulah kata kata keramat yang mempunyai unsur sihir yang menyebabkan semua penduduk kampung seakan menjadi batu. Semuanya terkedu, semua harapan hancur bagai kaca terhempas ke Batu!
BERKONGSI SEDIKIT ILMU .. AMALAN BERSAMA
Mandi wajib mrupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yg betul,sesorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir.
Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.
Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.
"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bhgn anggota badan.
"Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi..
Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.
"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh.
"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi wajib ssorg itu tidak sah.
"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah.
"Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut."
"tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius orlh umat islam.
Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah).
"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."
. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
• Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
• Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
• Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
• Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
• Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
AKIBAT MENYAKITI HATI IBU
* sekadar renungan bersama...
SETIAP kali ke selatan tanah air, saya sukar melupakan suatu peristiwa yang berlaku semasa saya berkhidmat di
Saya masih ingat, bulan Mac 1980, kira-kira pukul 10.30 malam, saya mendapat panggilan telefon mengatakan ada kematian di kawasan perumahan berhampiran tempat kediaman saya.
Memandangkan malam sudah hampir larut, saya menangguhkan niat menziarah Allahyarham. Saya mengambil keputusan menunggu sehingga esok pagi. Saya tidak begitu mengenali Allahyarham. Apa yang diberitahu beliau seorang wanita yang masih muda dan belum berumahtangga. Bagaimanapun saya memang kenal baik dengan ibunya. Orangnya baik dan lemah lembut, senang dibawa berbincang malah tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.
Keesokannya, kira-kira pukul 8.00 pagi saya pun bergegas ke rumah Allahyarham. Niat hati hanya untuk berziarah saja kerana kebetulan waktu itu saya sedang hamil. Lagipun di situ terdapat seorang pengurus jenazah yang memang saya kenali.
Sebaik tiba di
Masa terus berlalu, pengurus jenazah yang bernama Mak Siti itu tidak muncul-muncul. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Hati mula tertanya-tanya, siapa akan menguruskan jenazah ini? Kesian... Sudah lebih 12 jam jenazah terbiar. Saya menghampiri ibu Allahyarham. "Mak cik, mana Mak Siti? Hari dah tinggi. Dia tak sampai lagi?" saya bertanya.
"Entahlah ustazah, mak cik telefon dia tadi. Katanya dia datang lewat sikit, ada hal
mustahak," kata ibu Allahyarham separuh kesal.
"Jenazah tak elok dibiarkan lama-lama. Saya bukan tak nak tolong tapi mak cik tengoklah keadaan saya ni..." kata saya kepadanya sambil menunjuk ke arah perut.
"Tak apa ustazah, makcik faham. Mak cik akan
Salah seorang waris keluarga itu terus ke kampung sebelah, meminta pertolongan. Lebih kurang setengah jam kemudian dia muncul kembali. "Macam mana?
"Tak ada. Dia ke
"Macam mana ni ustazah?" katanya kepada saya dengan wajah sedih. Lantas dia memeluk saya sambil menahan sedu.
"Bersabar mak cik. Semua yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya. Kita tunggulah Mak Siti, kalau tak ada juga baru kita cari ikhtiar lain," kata saya
Kami mengambil keputusan menunggu saja kedatangan Mak Siti. Hari semakin petang. Jarum jam terus berputar daripada pukul 1.00 ke pukul 2.00 dan akhirnya mencecah 3.00. Seorang demi seorang yang berada di ruang tamu meninggalkan rumah Allahyarham. Semakin lama semakin ramai yang meminta diri untuk pulang. Melihat keadaan yang semakin lengang, ibu Allahyarham kelihatan serba tak kena. Tentulah dia sedih memikirkan tiada siapa untuk menguruskan jenazah anak kesayangannya.
"Macam mana ni ustazah, jam dah hampir 4.00 petang. Bayang Mak Siti pun tak nampak," rintih ibu Allahyarham sambil air matanya berlinangan.
"Kesian saya tengok mak cik. Tak ada siapa yang nak uruskan. Macam nilah mak cik... saya bukanlah nak ambil tahu hal keluarga mak cik, tapi ada tak apa-apa kelakuan Allahyarham yang mengecilkan hati mak cik?" tanya saya spontan. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana saya dapat mengeluarkan perkataan demikian pada waktu itu.
"Kenapa ustazah tanya macam ni?" katanya agak terperanjat.
"Tak ada apa-apa. Cuma... kalau ada perilaku Allahyarham semasa hayatnya membuat mak cik kecil hati, maafkan ajalah dia. Mungkin Itu akan dapat meringankan bebannya," kata saya bersungguh-sungguh.
Mendengar kata-kata itu, ibu Allahyarham terus menangis teresak-esak lantas memeluk saya. Saya tergamam seketika. Mulut saya terkunci.
"Memang mak cik merasa kecil hati dengannya. Dia tu suka melawan, sepatah yang mak cik cakap, sepuluh dia balas. Puas adik-beradik nasihatkan dia. Tapi dia tetap macam tu.
"Lagipun dia ni degil, tak pernah langsung mendengar nasihat mak cik. Apa yang mak cik cakap semuanya dibangkang," katanya dengan linangan air mata.
Menurut ibu Allahyarham lagi, walaupun demikian anaknya amat bersopan santun dan mesra dengan orang lain. Tidak pernah dia meninggikan suara jika berbual dengan sahabat atau saudara-mara.
"Dengan mak cik saja dia begitu.. Itu yang mak cik kecil hati. Kadangkala mak cik terfikir di mana silap mak cik," tambahnya dalam esak tangis.
Malah kata ibu Allahyarham, anaknya seorang yang taat kepada suruhan Allah. Segala amal ibadat sama ada yang wajib atau sunat tidak pernah ditinggalkan.
"Sampai sekarang mak cik kecil hati dengan dia. Sebab ni ke, tak ada orang nak sempurnakan jenazahnya, ustazah?" tanya ibu Allahyarham sambil mengesat mata.
"Yang sudah tu sudahlah. Sekarang mak cik maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan itu. Insya-Allah segalanya akan berjalan lancar dan jenazahnya akan disempurnakan dengan cepat," kata saya lagi.
Sebaik saja saya berkata demikian, ibu Allahyarham terus mengangkat tangan berdoa sambil berkata, "Ya Allah, ya Tuhanku. Aku ampunkan segala kesalahan, kesilapan dan dosa anakku ini. Lapangkanlah anakku dari segala seksaan." Dia kemudian terus membuka kain penutup jenazah. Ditenung wajah anaknya agak lama.
Lebih kurang
''Maaflahhhh, terlambat. Saya ke pekan, ada hal sikit tadi. Tak sangka pula susah benar dapat teksi, tak macam selalu," kata Mak Siti sambil bersalaman dengan tetamu-tetamu yang ada. Saya pandang wajah ibu Allahyarham. Jauh di sudut hati, saya berbisik: "Alangkah besarnya keagunganMu, ya Allah. Enam belas jam jenazah terbiar tetapi selepas dosanya diampunkan ibu, mudah saja Allah lorongkan kebaikan."
Memandangkan semua sudah tersedia, Mak Siti terus memulakan tugasnya. Saya juga turut membantu serba sedikit. Tidak sampai satu jam, segala-galanya — daripada mandi, kapan dan sembahyang jenazah siap disempurnakan.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran selepas azan Asar pada hari itu juga.
ANTARA DUA DARJAT
Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu,bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang
Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra . Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang. Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat.
Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar,..ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam..
Sekarang aku sudah remaja he..he..Seronoknya!!Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang..Nurlida namanya...orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan santun..ahhhh..kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe Kelate..
Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini..sekadar menumpang..Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu..dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu..hai sedihnya
Semalam,ahhh..semalam..merupakan hari yang paling
Cis!! bukan main mesra lagi. Cilaka!!! Binawe kau Zarir,
Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke
Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi ..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf..
Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii....aku niii.....
cuma seekor kambing,?
So what?? Kambing tak buleh bercinta ke?ke? ke?
SEKUNTUM BUNGA .......
Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.
Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat".
Tergerak hati jejaka untuk mengutus
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis.Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke
Maka pergi lah jejaka ke
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.
"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya.
Si gadis itu tersenyum dan terus bersuara.."Kamu memang seorang jejaka yg baik.Kamu sanggup menerima ku yg x sempurna ni menjadi temanmu. Tapi malangnya bukan aku gadis yg kamu cari sebenarnya ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini?
Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...
"NaFsU mEniLai WaNitA kErNa KeCaNtIkAn PaRaS RuPaNyE...
AkaL MeNiLai WaNitA KerNa keCeRdiKaN & kEpaNdaIaNnYe..
hAtI MeNiLaI WaNitA kErNa iMaN & aMaLnYe.."
KISAH LUCU
Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri. Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.
Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling. Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.
"Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua,
Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift maaa...."
SENGSARA AKIBAT TAMAK HARTA
* cerita ini petikan dari sebuah majalah. sekadar renungan dan pengajaran untuk kita kongsi bersama.
Barang siapa yang pernah menganiaya saudaranya, baik berupa harga diri maupun harta benda maka pada hari kiamat dia disuruh membayar apa-apa yang diamayakannya itu. Padahal pada waktu itu tidak ada dinar dan dirham. Apabila dia beramal soleh, maka amalnya inilah yang diambilkan, lalu ditambahkan kepada amal orang yang dianiayanya itu. Kalau amal soleh tidak ada, maka dosa-dosa orang yang teraniaya itu ditambankan kepada dosanya. Dosa-dosa itulah yang dipikul. Riwayat Bukhari.
IBU! Bila nak datang, Kak Non agak tenat! Risau benar saya. Dia pun kerap bertanyakan ibu," terdengar suara Rafeah di hujung talian. Memikirkan saya tak ke mana-mana petang itu, saya bersetuju datang. Dalam kereta yang dipandu anak lelaki saya, fikiran melayang jauh. Bertahun-tahun Zainon menderita. Adiknya Rafeahlah yang menjaga makan minumnya kerana dia tidak pernah berkahwin.
"Mak cik Zainon tu sakit apa?" tanya anak saya. Soalan itu menghentikan khayalan saya.
"Tak tahu. Bawa ke hospital kata doktor tak ada apa-apa. Kenapa?" saya bertanya.
"Kesian dia ya bu! Lama betul sakitnya," tambah anak saya. Saya hanya mengangguk.
Memang pelik penyakit Zainon. Belakang dan perutnya membengkak.
Kalau disarung kain pelekat, tak payah ikat, memang takkan terburai. Padat... begitulah besarnya tubuh Zainon.
"Dah sampai bu," anak saya bersuara. Sebaik turun, saya nampak Rafeah berdiri di muka pintu.
Selepas salam bersambut, dia mempelawa saya naik. Kami terus ke bilik Zainon. Masya-Allah! Wajah Zainon bertambah cengkang. Dahinya berkerut-kerut seperti sedang menahan sakit. Melihat saya datang, air matanya mula mengalir.
Puas menelentang dia menonggeng, kemudian mengiring. Cukup sukar dia mengimbangi badan besarnya serta perut yang memboyot, berbanding lengan dan kaki yang hanya tulang dibaluti kulit.
Selepas memberi air penawar dan memandikannya, saya menasihatkan Zainon supaya banyak bersabar. Memang itulah yang saya lakukan setiap kali mengunjunginya.
Lebih kurang sejam kemudian, saya bersama Rafeah ke ruang tamu meninggalkan Zainon sendirian.
Sementara menunggu anak yang berjanji datang menjemput, saya berbual kosong dengan Rafeah.
"Kakak sulung saya - Kak Midah dulu mati sakit macam Kak Non tulah ibu," kata Rafeah. Dia terus menyambung mengatakan bertahun-tahun juga Hamidah menderita.
"Selepas Kak Midah mati, Kak Non pula kena. Pening saya ibu. Sejak arwah mak dan ayah pergi, silih berganti adik-beradik saya mengalami sakit ganjil macam tu," katanya lagi. Saya hanya membisu kerana tidak pernah mengenali kakak sulung Rafeah.
Yang saya kenal cuma Rafeah dan Zainon, itu pun selepas melawatnya atas ajakan seorang kawan yang bersimpati dengan adik-beradik itu dulu.
Menurut Rafeah, Hamidah terpaksa menggunakan kain untuk mengampu perutnya yang memboyot dan mengleber, macam Orang Asli menggenng anak.
'Bawa ke hospital, doktor kata tak apa-apa, tapi perut Kak Midah luar biasa boyotnya. Tapi Kak Zainon lagi teruk, bahagian belakang pula yang membengkak, langsung tak boleh berjalan. Kak Midah boleh juga turun naik tangga," kata Rafeah.
Saya hanya mendengar kerana walau pun kerap saya dipanggilnya untuk menengok-nengok Zainon, saya tidak pernah bertanya hal-hal keluarganya.
"Tapi
"Feah! Feahhh!" tiba-tiba terdengar suara Zainon. Kami berdua meluru masuk. "
Selepas mengemaskan dirinya, Rafeah yang masih gadis walau telah lanjut usia, terus beredar. Tinggallah saya bersama Zainon.
"Non nak minum?" tanya saya. Dia menggeleng-geleng, kemudian tersenyum. Dia meminta saya duduk di birai katilnya.
"Ibu..." katanya perlahan. "Saya bukan nak makan sangat, cuma mahu Feah meninggalkan kita berdua.
Agak lama dia terdiam. Saya pandang tepat ke wajahnya.
Zainon kemudian menggenggam erat tangan saya dan meminta agar ceritanya itu dirahsiakan daripada Rafeah.
"Ibu, saya dengar Feah ceritakan pada ibu bagaimana sengsaranya Kak Midah tadi. Saya sedih ibu... sedih kerana sayalah puncanya. Saya yang menyebabkan kakak saya jadi begitu kerana melayan tuntutan nafsu.
"Saya berhajat nak bolot hana pusaka peninggalan ayah," katanya tersekat-sekat.
Menurut Zainon, dia terlalu tamak. Kalau boleh dia nak bolot semua kekayaan ayahnya. Lalu dicarinya bomoh, pawang dan dukun untuk mengenakan kakak sulungnya itu selepas kematian orang tua mereka.
"Usaha saya berhasil. Kak Midah dan Feah jadi macam lembu dicucuk hidung. Semua harta peninggalan ayah, saya yang uruskan. Hajat saya belum tercapai, saya mahu semua harta pusaka itu dinamakan atas nama saya," cerita Zainon lagi.
Zainon bertindak lebih jauh, mencari pula bomoh yang lebih handal. Niatnya mahukan kakak dan adiknya sasau supaya tidak mendapat hak mereka.
Akibamya Hamidah tiba-tiba sakit. Dibawa bertemu doktor, tiada dapat dikesan penyakitnya. Seleranya semakin tumpul, tubuh badan melidi dan yang lebih
"Ketika itu saya cukup seronok, tetapi pura-pura simpati. Kalau boleh saya mahu Kak Midah hancur lebih cepat. Kerana itu apabila ketua kampung yang turut menuduh Kak Midah berzina membawanya ke hospital, saya berharap, dia akan terus tinggal di
"Sekarang barulah saya dapat rasa bagaimana Kak Midah menghadapi penyakitnya.
"Kak Midah menderita kerana saya ibu! Saya malu dan menyesal ibu. Saya menyesalllllllll! " katanya teresak-esak. Saya terkedu dan gamam mendengar cerita Zainon. Begitu sekali... bisik hati saya.
"Mohonlah keampunan Allah," kata saya.
"Apakah layak saya diampunkan? Dengan Tuhan boleh saya minta ampun, Kak Midah bagaimana? Dia dah tak ada, ibu!" raungnya.
"Saya sangka dengan membolot harta pusaka tu, hidup saya senang. Tapi nyata saya silap," kata Zainon lagi dan kali ini berhamburan air matanya.
Sambil itu jari-jemarinya menggenggam erat tangan saya.
"Ibu tahu, sejak Kak Midah pergi, saya senriasa gelisah. Hidup ini saya rasakan tak pernah aman. Seperti ada saja yang memerhatikan setiap gerak geri saya. Ke mana saja saya pergi, macam diekori," kata Zainon bersungguh-sungguh.
"Sejak itu saya sering mengutuk diri. Harta pusaka ke mana, saya ke mana. Yang pasti saya kehilangan seorang kakak. Dalam pada keterlaluan memikir itulah, suatu malam, saya rasa bahagian pinggang sengal-sengal.
"Lama-lama timbul macam satu benjolan di sebelah kiri bahagian belakang. Semakin hari semakin membesar, seperti bonggol unta.
"Sejak itu penyakit saya bertambah teruk. Saya dapat rasakan, ini adalah balasan Tuhan. Kalau benar, saya redha kak. Memang saya patut dihukum," rintih Zainon dalam esak tangisnya.
Dalam keadaan gamam yang amat sangat, saya usap kepala Zainon. Saya beristighfar beberapa kali, mengenangkan bagaimana kerana harta, saudara sendiri dimangsai.
Kalau dilihat rupa paras Zainon, tiada siapa yang percaya dia sanggup melakukan perbuatan kejam itu.
Rafeah sendiri pun pasti tidak akan percaya kerana Zainon nampak jujur menguruskan harta peninggalan ayahnya.
Seminggu lebih saya memikirkan cerita Zainon. Masuk minggu berikut-nya saya menziarahinya lagi. Kali ini saya lihat keadaannya lemah benar.
Pelik, dalam keadaan wajah seperti tengkorak, dia begitu berselera makan. letapi dah hampir dua minggu tak buang air besar," kata Rafeah.
"Non, ceritakan segalanya pada Feah dan minta maaf. Ibu tak sanggup lihat Non macam ni. Mudah-mudahan ringan beban tu. Lepas tu kita ikhtiar yang lain..." saya memujuknya.
Dia hanya mendiamkan diri. Air matanya tak henti-henti mengalir. Sesekali dadanya berombak-ombak kerana menahan sebak.
Tetapi Zainon masih enggan meminta maaf kepada Rafeah. Hanya
"Feah... Kak Non minta maaf..." kata Zainon tersekat-sekat sebaik Rafeah berteleku di sisinya memberitahu apa yang telah diceritakannya pada saya.
"Kak Non! Kak jangan gurau macam tu," kata Rafeah dalam esak tangisnya. Dia enggan mempercayai perbuatan kakaknya.
"Feah, ampunkan Kak Non. Kak Non berdosa pada Feah dan Kak Mi-dah..." kata Zainon sambil menangis teresak-esak.
"Feah maafkan Kak Non... Feah maafkan!" kata Feah tersedu-sedu menyambut tangisan Zainon lantas mendakap kakaknya yang terbaring.
Cukup hiba saya ketika itu. Saya turut mengalirkan air mata, sedih sungguh. Tiada lain yang kedengaran ketika Itu, kecuali esak tangis kami bertiga.
Tiba-tiba Zainon tersedak. Rafeah melepaskan dakapan dan dilihat tangan dan kakinya kejang.
Mata Zainon terbeliak, dadanya berombak-ombak kencang. Apabila kain yang menutup perutnya menggelongsor, nampak urat-urat hijau berselirat di
Keadaan kulit perut yang merening seolah-olah akan meletup pada bila-bila masa. Sejam kemudian, Zainon menghembuskan nafas akhirnya selepas mendengkur seketika.
Semasa menguruskan jenazahnya, berbaldi-baldi air keluar daripada duburnya. Baunya menyengat hidung, seperti air kelapa busuk. Tetapi yang aneh, perutnya tidak juga kempis.
Kembang kempis hidung rakan-rakan yang membantu, tetapi tiada siapa yang berani bersuara.
Selepas dikebumikan, berlaku lagi sesuatu di luar dugaan. Kuburnya mendap tetapi penjaga kubur cepat menambaknya. Seminggu kemudian, ia mendap lagi... dan terus mendap walaupun ditambak beberapa kali.
Walaupun dah